Hikmah : Kata Syed Qutb di dalam muqaddimah Tafsir fi Zilaalil Qur'an, aku telah hidup dibawah bayangan al-Quran. Aku tidak pernah dapati sesuatu perkara yang dianggap berlaku secara kebetulan, melainkan semuanya telah disusun secara hikmah oleh Allah. Dan aku telah menikmati kehidupan dibawah bayangan al-Quran dengan satu nikmat yang tidak dapat difahamkan kepada orang lain melainkan dirasakan oleh mereka sendiri.


Aku mengamati bait-bait yang dihantar oleh temanku... Cantik!!!.. banyak kali aku mengulang kali pada ayat terakhir.. "Dan aku telah menikmati kehidupan dibawah bayangan al-Quran dengan satu nikmat yang tidak dapat difahamkan kepada orang lain melainkan dirasakan oleh mereka sendiri."....

Hanya air mata yang mampu mengiakan setiap bait-bait terakhir itu...dan utk menggambarkan cinta terhadap "kalamullah"....

Terima kasih sahabat kerana terlalu memberi harapan utk aku menjadi mujahidah di zaman Rasulullah yang setiap perbuatan adalah dibasahi dengan dalil-dalil dari kalamullah..kau menjagaku untuk akhirat, sahabat..!

Aku akan teruskan langkahku untuk "temanku"...Kerana Agama dan perjuangan ini.. Doakan aku sahabat, supaya suatu hari nanti aku dapat mencari "temanku" di bumi yang barokah pula yang dipenuhi dengan ulama'-ulama' yang memperjuangkan Islam..aku akan terus berusaha...!!!!






JIKA HATIMU BERI’TIQAD.!!!,

JANGAN SESEKALI KAMU BERPALING,

JIKA KEBENARAN ITU DI HADAPANMU,

JANGAN SESEKALI KAMU DUSTAKAN,

JIKASEMANGAT JUANGMU MEMBARA,

JANGAN SESEKALI MEMBIARKAN MENJADI ABU,

JIKA LANGKAHMU TERUS MENERUS KEHADAPAN,

JANGAN SESEKALI IA TERHENTI UNTUK MENGUNDUR,

JIKA JIWA MU MEKAR DALAM PERJUANGAN,

JANGAN SESEKALI KUNCUP DALAM KESENANGAN,

JIKA LAUNGAN KALIMAH ALLAH MATLAMATMU,

JANGAN SESEKALI NAFSU PENUNJUK ARAHMU,

AYUH, MUJAHID…AYUH, MUJAHIDAH,

KAMU PEWARIS JIWA MU’AZ….

KAMU PEWARIS JIWA MUS’AB…

KEMANA LAGI HARUS KAMU MELANGKAH...???

TATKALA BADAR TIBA….

TERUSKAN PERJALANANMU, MUSAFIR GHARIB….!!! J

DR : SM


~ mujahidah, pembentuk generasi rabbani acuan al-Quran ~

ٍSumber foto: static.howstuffworks.com


“Mengapa aku tidak melihat burung Hudhud? Apakah dia termasuk di kalangan mereka yang ponteng?” Sulaiman ‘alayhi al-salaam bertanya.

Pemeriksaan hari itu, begitu teliti dilakukannya.

Kerajaannya besar. Bukan setakat kerajaan manusia di Timur dan Barat, malah menakluki segala haiwan hingga ke komuniti Jin.

Namun Sulaiman tidak hilang pemerhatian. Tidak hilang kawalan. Baginda tahu siapa yang ada dan siapa yang tiada.

Ketidak hadiran Hudhud menimbulkan murka Sulaiman.

“Sesungguhnya aku pasti akan menghukum Hudhud itu dengan hukuman yang keras, malah aku tidak teragak-agak untuk menyembelihnya sahaja!” begitu sekali kemarahan Baginda.

Ia menggambarkan prihatian dan tegasnya Sulaiman dalam menjaga kabinet, tenaga kerja dan seluruh jentera kerajaannya. Pemimpin yang tidak meremehkan sesiapa, biar pun kakitangannya itu hanya si burung Hudhud.

“Kecuali jika Hudhud mendatangkan penjelasan yang konkrit!” Sulaiman memberi penegasan.

Tegasnya bukan sampai buta dari pertimbangan. Biar pun murka, ruang penjelasan sentiasa ada.

Kisah ini merupakan petikan firman Allah di dalam al-Quran, Surah al-Naml berkenaan Nabi Sulaiman ‘alayhi al-Salaam sebagai pemimpin kerajaannya.

“Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung Hudhud? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir. Burung Hudhud itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): “Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari Negeri Saba’ dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya” [Surah al-Naml 27: 20-23]


PERANAN HUDHUD


Kisah di dalam al-Quran bukan bedtime story. Ia datang dengan ‘ibrah yang besar.

Hudhud di dalam kisah ini tidak seharusnya mencerminkan fenomena tasayyub yang boleh berlaku di dalam gerakan Islam. Gejala ‘hilang kawalan’ dan pandai-pandai sendiri dalam melakukan gerak kerja hingga tidak bergerak selari dengan dasar dan matlamat gerakan Islam, tidak harus bersandarkan kepada kisah ini.

Hudhud tidak lari daripada tujuan dan disiplin gerak kerja sebuah gerakan. Tetapi apa yang hendak ditonjolkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam ayat ini adalah sifat penting yang mesti wujud di dalam diri amilin gerakan Islam yang diwakili oleh Hudhud tersebut. Sifat yang dimaksudkan itu adalah kepekaan amilin terhadap peluang-peluang yang wujud di sekitarnya, yang mungkin tidak disedari oleh sebuah gerakan yang sudah mempunyai SOP rutinnya.

Sulaiman alayhi al-Salaam yang kekuatan serta kemampuan Baginda menguasai komuniti manusia, haiwan dan jin, tetap diperlihatkan oleh Allah betapa masih ada perkara yang berlaku di luar pengetahuannya. Dengan kemudahan dan kemahiran, maklumat masih sesuatu yang terlalu luas untuk dikuasai.

Inilah intipati penjelasan yang dikemukakan oleh Hudhud.

“Ada benda yang pengetahuan tuan tidak sampai kepadanya” kata Hudhud.

Hudhud tahu apa yang dilakukannya. Sebelum menjelaskan apa yang mahu dijelaskan, Hudhud terlebih dahulu menyediakan Sulaiman untuk menghargai apa yang bakal diterangkan.

“Aku baru pulang dari Negeri Saba’ dengan sebuah Naba’” tegas Hudhud.

Kisah yang dibawa bukan sebarang cerita. Bukan kisah kosong. Ia adalah sebuah Naba’, yakni berita penting yang perlu diketahui oleh Sulaiman.


TELADAN BUAT DA’I DAN MURABBI


Seorang da’i mesti mempunyai inisiatif positif pada mencari kebaikan. Ke mana atau di mana sahaja beliau berada, biar pun atas nama kerja dan urusan peribadi, matanya tidak harus alpa daripada membaca peluang-peluang dakwah di sekitarnya. Ruang-ruang seperti ini sering berada di luar cakupan jentera dakwah, justeru perlu dimanfaatkan mata peninjau yang berada di mana-mana.

Ia perlu berlaku tanpa menunggu arahan khusus.

Hal ini harus timbul daripada kesedaran dakwah yang tidak terikat dengan masa dan kelapangan da’i. Pengurusannya mungkin separuh masa, tetapi komitmennya sepenuh masa.

Gerakan Islam juga perlu akur bahawa bukan semua perkara mampu direncanakannya hatta ada sahaja perkara penting yang tercicir daripada keupayaan dirinya. Sulaiman alayhi al-Salaam yang merupakan seorang Rasul penerima wahyu, dan dikuatkan lagi dengan kemahirannya yang dikurniakan Allah, masih berhajatkan kepada sumbangan jentera kecilnya bernama Hudhud yang bersikap proaktif meninjau sesuatu yang berada di luar lingkungan ketuanya.


MENGHARGAI SUMBANGAN HUDHUD


Saeed Hawwa rahimahullah di dalam siri wacana Jundullah beliau, menegaskan tentang wujudnya dua bentuk penggabungan seseorang di dalam sebuah gerakan Islam.

Penggabungan yang pertama disebut sebagai al-Intimaa’ al-Tandheemi (الإنتماء التنظيمي). Ia merupakan penggabungan formal mereka yang tidak lagi bertindak sebagai penyokong, tetapi mengambil kemuliaan menjadi pendukung. Kelompok ini mesti berkualiti kerana integriti serta kompetensi mereka memberikan kesan langsung kepada perjalanan dan perkembangan gerakan yang didukungnya.

Penggabungan yang kedua, disebut sebagai al-Intimaa’ al-’Aatifee (الإنتماء العاطفي). Penggabungan yang lebih berbentuk kebersamaan sokongan dan emosi ini, memerlukan kepada keluasan jiwa kepimpinan gerakan Islam untuk melihatnya sebagai sebuah penggabungan. Berbicara secara realistik, penggabungan kedua ini sering lebih besar saiznya berbanding dengan kelompok yang bergabung dengan penggabungan pertama. Atas apa sahaja sebab yang tidak menjadi persoalan di sini, di luar sana ada ramai penyokong atau kelompok yang simpati kepada gerakan Islam. Mereka berada di mana-mana. Berjawatan rendah berjawatan tinggi, malah berada di balik tembok-tembok yang sukar sekali untuk ditembusi oleh sebuah gerakan.

Namun mereka mungkin seperti Hudhud.

Si kecil yang membawa berita besar.

Gerakan Islam mesti menjiwai pembawaan Sulaiman yang amat tegas dalam menekankan disiplin kerja, tetapi cukup rendah jiwa dan diri untuk membuka ruang penjelasan dan pengambilan manfaat hasil tinjaun proaktif si burung Hudhud.

Hari ini, Hudhud itu mungkin orang dalam, mungkin orang luar.

Mereka itu bermaklumat. Resourceful. Mereka membekalkan pelbagai maklumat. Membekalkan statistik. Membekalkan hasil tinjauan. Semuanya untuk mengkayakan Gerakan Islam dengan Naba’ di era Perang Maklumat ini.

Hudhud bukan HANYA HUDHUD. Tanpa Hudhud, Kerajaan Sulaiman tidak mencecah Saba’ dan penyatuan Makkah dan Palestin tidak berlaku.

Jangan semata-mata dek sarang Hudhud alamatnya tidak bercawangan seperti cawanganmu atau tidak berkawasan seperti kawasanmu, kamu bunuh Hudhud itu!


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

MUNAJAT - NADAMURNI

( Teristimewa bt sahabat yg menjadikan lagu ini salah satu inspirasinya )

Tuhan
Kubisikkan kerinduan
Keinsafan

Pengharapan


Tuhan
Kusembahkan pengorbanan

Membuktikan kecintaan


Bisikanku untuk-Mu

Munajatku mohon restu

Semoga cintaku bukan palsu

Pada desiran penuh syahdu

Gelombang lautan rinduku


Tuhan

Kubisikkan kerinduan

Keinsafan

Pengharapan


Tuhan

Kusembahkan pengorbanan

Membuktikan kecintaan


Munajatku dalam syahdu

Merindui maghfirah-Mu

Mardhiah-Mu dalam restu

Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpinan-Mu

Keagungan-Mu dalam doaku

Kebesaran pada qudrat-Mu
Ia membina ruhaniku


Tuhan

Kubisikkan kerinduan

Keinsafan

Pengharapan


Tuhan

Kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan


Ujian kepahitan

Di dalam perjuangan
Padanya ada kemanisan

Ketenangan dan kebahagiaan
Padanya syurga idaman


Munajatku dalam syahdu

Merindui Maghfirah-Mu

Mardhiah-Mu dalam restu

Harapan tulusnya hatiku


Kurindukan pimpinan-Mu

Keagungan-Mu dalam doaku

Kebesaran pada Qudrat-Mu

Ia membina ruhaniku

Tuhan

Kubisikkan kerinduan

Keinsafan

Pengharapan


Tuhan

Kusembahkan pengorbanan

Membuktikan kecintaan

(ending)

* bla la blog ni dapat adjust "font" tuk jdi besar hukhuk..

SALAM DIHULURKAN DALAM BICARA TANPA SUARA BT SEMUA SAHABAT SEPERJUANGAN... السلام عليكم

:-) :-) :-) :-) :-) senyum...

Setelah sekian lama tidak menceriakan blog yang penuh dengan sarang labah-labah... bukan sudah melupakan, tetapi sepanjang kebekuan ini (hmpir 6bulan) pelbagai mehnah dan ragam penulis terhadap blog ni.. kejap2 xingat paswd, kejap2 msalah nternet, kejap2 kurang rajin dan bnyak la yang kejap2 nyer... pe2 pun semua ni adalah "alasan" semata2 yang begitu realiti bagi penulis.. "rasa xleh nak terime jer ayat ni"...

Namun pada penulis, telah banyak kali celoteh penulis yang dilakarkan dalam "word", tetapi tiada kesediaan penulis tuk "mempublishkan" tulisan itu didalam blog... mungkin ia menjadi sekadar tatapan dan pembacaan penulis sahaja huhuhu...

Wt ever pun, penulis sebenarnya baru bertatih dalam lakaran dunia penulisan(masih belum berada didunia penulisan sebenar), byak kekurangan dan kelemahan ekoran sifat penulis yang dahulunya tidak berminat dengan penulisan... namun dilihat, penulisan mampu memberi impak kepada masyarakat, penulis berusaha juga "mengaktifkan" 2tangan 10jari ini untuk memberi sumbangan sedikit sebanyak pada agama..

Moga2 apa yang yang digerakkan oleh jari jemari ini mampu menjadi saksi untuk mendapat tempat disisi Rabb diakhirat kelak..sama2 kita manfaatkannya.. INSYAALLAH...

wallahua'lam..

~ mujahidah, pembentuk generasi rabbani acuan al-Quran ~




Apabila hati merasa sedih dengan kerenah dunia, saat itu tercari-cari di mana kegembiraannya.. Lantas di amati firman Allah Subhanahu Wa Taala ketika mana Allah memujuk hati-hati orang islam yang pada ketika itu dalam keresahan sewaktu di perang badar :

“.. Dan tidaklah Allah menjadikannya melainkan sebagai khabar gembira agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.” (Al-Anfal : 10)

“… ingatlah, ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteraman dari-nya, dan allah menurunkan air hujan dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan gangguan2 syaitan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh pendirianmu” (Al-Anfal : 11)

Di sini ingin saya berkongsi kata-kata yg penuh makna..kata-kata ni saya adaptasi dari blog seorang hamba Allah..BAROKALLAHUFIKUM..

بســـــــــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده
اللهم صل على نور الأنور وسر الأسرار وترياق الأغيار
ومفتاح باب اليسار سيدنا و مولانا محمد المختار
وآله الأطهار وأصحابه الأخيار عدد نعم الله وأفضاله

Selawat asy-Syeikh Ahmad al-Badawi / Selawat Nur / Selawat Anwaar dan Asro


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت

Sayyidul Istighfar


"Yang dikatakan hiba ialah khusyu` di dalam hati dan sentiasa menangis lantaran takut kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Ia adalah suatu sifat yang mulia dan usaha yang terpuji. Dengan sifat itu pula, ALLAH تعالى telah Mensifatkan para NabiNYA عليهم السلام serta hamba-hambaNYA yang ber`ilmu pengetahuan.


Firman ALLAH تعالى :
"Ketika dibacakan kepada mereka ayat-ayat (keterangan-keterangan) Tuhan Yang Maha Pemurah, mereka lalu tunduk bersujud dan menangis." - Surah Maryam ayat 58


FirmanNYA lagi:
"Mereka lalu tunduk dengan dahi-dahi mereka, sambil menangis. Dan keadaan itu akan menambah mereka khusyu`." - Surah al-Isra` ayat 109


RasuluLlah صلى الله عليه وسلم telah mengkategorikan orang yang sentiasa hiba ini dalam bilangan tujuh orang yang akan Dilindungi ALLAH pada hari Kiamat, di mana tiada lindungan yang lain kecuali Lindungan ALLAH عز و جل sahaja.

"Seorang yang sentiasa menyebut-nyebut nama ALLAH dalam masa lapang, lalu kedua kelopak mata nya menggenangi airmata."


Sabda nya صلى الله عليه وسلم yang lain :
"Setiap mata akan menangis di hari Kiamat, melainkan mata yang telah menangis kerna takut kepada ALLAH, dan mata yang celik berjaga fi sabiliLlah."

Yakni, berjihad kerana meninggikan Kalimah ALLAH تعالى. Sebenar nya, orang yang menangis semata-mata kerana takut kepada ALLAH سبحانه وتعالى itu amat jarang terlihat dalam kalangan manusia, sehingga darjat nya menjadi amat tinggi dalam Pandangan ALLAH سبحانه وتعالى. Padahal terdapat banyak orang yang menangis setiap hari.

RasuluLlah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda :
"Seseorang yang menangis kerna takut kepada ALLAH tidak akan masuk ke dalam neraka sehingga susu dapat kembali ke tempat asal nya, ataupun unta dapat masuk ke dalam lubang jarum."

Pada riwayat yang lain : Tidak akan masuk neraka siapa yang keluar dari mata nya seperti kepala lalat lantaran takut kepada ALLAH, yakni terlalu banyak menangis.

RasuluLlah صلى الله عليه وسلم telah menyamakan antara airmata yang mengalir lantaran takut kepada ALLAH dengan darah yang tumpah kerana berjihad fi sabiliLlah.

Dalam sebuat riwayat : Sekira nya pada suatu ummat ada seseorang yang menangis kerana Nya, nescaya ALLAH akan Merahmati ummat itu disebabkan tangisan orang tadi.

Kini, nyatalah bahwasa nya tangisan itu ada banyak ragam nya. Akan tetapi hanya tangisan kerana takut kepada ALLAH تعالى sahjalah yang jarang-jarang dilakukan oleh manusia. Oleh itu, hendaklah anda tangisi diri anda kerna takut kepada ALLAH سبحانه وتعالى. Andai nya tidak boleh menangis juga, maka cubakanlah diri anda menangis. Tetapi awas, jangan sampai anda campur-adukkan amalan anda dengan riya` dan pura-pura, atau dengan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah di hadapan orang ramai, agar anda tiada jatuh hina dalam Pandangan Tuhan seru sekalian alam."


- Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم. Tajuk asal "Menangis Kerna Takut Kepada ALLAH"


(ukhti27.blogspot.com)

Islamic Calendar

About Me

My photo
simple person.. tetapi cukuplah langkahnya demi mencapai MARDHATILLAH...

Bicara Hati


ShoutMix chat widget

Kalamul Ahsan

Followers

Powered By Blogger